Perkhidmatan ini disediakan oleh Bahagian Visa Lawatan & Diplomatik, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dibawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk membolehkan warganegara asing memohon bagi mendapatkan Pas Penuntut.
Ini adalah perkhidmatan kaunter / manual
Start
Syarat / Kriteria AM Perkhidmatan
Cara menggunakan Perkhidmatan ini
- Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Visa Lawatan & Diplomatik, Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, KHEDN, atau muat turun borang disini.
- Borang hendaklah di isi dengan lengkap
- Borang permohonan Visa dikecualikan bagi warganegara Malaysia dan Singapura
- Dokumen-dokumen yang diperlukan :
- Surat permohonan dari ibu/bapa atau penjamin
- Salinan surat kebenaran dari Jabatan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam Kementerian Pendidikan
- Salinan surat beranak (sijil kelahiran) bagi anak berkenaan
- Salinan pasport anak berkenaan serta jaminan terakhir
- Salinan surat anak angkat yang dikeluarkan di Negara Brunei Darussalam
- Salinan sijil nikah/kahwin
- Salinan sijil cerai (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan ibu & bapa serta pass jaminan
- Salinan BUR 500/BUR 555 dari pejabat Buruh
- Slip gaji bagi warganegara asing.